Tahukah anda bahawa terdapat banyak kelebihan pemasaran di Facebook? Di sini saya kongsikan sebahagian daripadanya untuk panduan anda yang ingin cuba menggunakan Facebook sebagai medium pemasaran.
Ramai Orang
Tahukah anda bahawa sebenarnya pengguna Facebook semakin ramai dari sehari ke sehari dan kadar pertumbuhannya adalah amat cepat. Peringkat umur yang paling ramai di Facebook adalah sekitar 35 hingga 59 tahun dan kebanyakan daripada mereka telah berkahwin, mempunyai kereta sendiri, rumah sendiri dan mempunyai ekonomi yang stabil. Mereka juga sanggup untuk mengeluarkan wang untuk berbelanja.
Masa Bertandang
Kebanyakan orang yang bertandang ke Facebook mengambil masa selama 20 hingga 30 minit setiap hari berbanding hanya 10 saat jika berkunjung ke website biasa. Berdasarkan survey yang dibuat ada yang buka facebook 24 jam dan ada juga yang mengatakan asal ada masa mereka akan buka Facebook. Jadi, apa pilihan anda jika diberi pilihan samada menggunakan Facebook atau website biasa sebagai medium pemasaran?
Targeting
Di Facebook kita akan mempunyai lebih banyak target pelanggan dan pelanggan yang betul-betul berminat dengan apa yang kita tawarkan. Kita boleh target pelanggan melalui Demografi ( jantina, lokasi, status perkahwinan) dan Psychografi ( minat, hobi, rancangan tv yang ditonton).
Ini sahaja tips yang dapat saya kongsikan kepada anda buat kali ini. Untuk tips seterusnya saya akan kongsikan di entri akan datang. Jangan lupa untuk selalu berkunjung ke sini untuk mendapatkan tips-tips terkini. Sehingga bertemu lagi.
Sila kongsikan artikel ini di Twitter atau Facebook jika anda rasa ia bermanfaat kepada orang lain.



No comments:
Post a Comment