Followers

Wednesday, 3 August 2011

Tips-tips Pemasaran Produk di Facebook


Di zaman serba moden ini boleh dikatakan semua orang ada akaun Facebook. Tidak mengira tua, muda, lelaki, perempuan dan semua bangsa mempunyai akaun Facebook. Kiranya siapa yang tak ada facebook boleh dikatakan ketinggalan zaman la. Banyak aktiviti yang orang lakukan di Facebook. Ada yang bersosial, mencari rakan lama,mencari kenalan baru, berbisnes dan bermacam-macam lagi.

Fokus saya untuk entri ini adalah kepada sesiapa yang berminat atau telah menjalankan bisnes di Facebook. Saya ingin berkongsi beberapa tips pemasaran produk di Facebook. Mungkin tips-tips ini boleh membantu anda memasarkan produk anda di Facebook. Berikut beberapa tips yang ingin saya kongsi:


  1. Komunikasi pertama amat penting, walaupun hanya dengan ucapan salam perkenalan atau terima kasih. Jangan terus mempromosikan produk kita.
  2. Sertai mana-mana group yang berkaitan bisnes kita, add friend dari group tersebut. Jangan lupa bagitau yang kita merupakan member group tersebut. Langkah ini boleh membuatkan kita menambah kenalan tanpa membuatkan mereka ragu-ragu dengan kita.
  3. Umumnya, tujuan sebenar Facebook ini adalah untuk networking. Dengan kata lain untuk bersosial, berkenalan dan berkomunikasi. So, jangan terlalu menjual.
  4. Mampu membuatkan orang mengenali dan jelas dengan kita seperti produk dan perkhidmatan yang kita tawarkan. Ini adalah wajib dan penting.
  5. Gunakan fungsi photo, video mahupun notes sebaik-baiknya. Mengapa? Kerana orang suka melihat apa yang kita lakukan dari semasa ke semasa. 
  6. Tagging merupakan fungsi yang menarik. Gunakan fungsi itu sebaik mungkin. Hanya tag pada yang berkenaan. Jangan tag pada mereka sembarangan. Ini akan menyebabkan orang tidak selesa. 
  7. Maklumat yang diberikan hendaklah mempunyai nilai yang tersendiri. Ini akan membuatkan kita disenangi. Kurangkan promosi, tetapi banyakkan ’sharing’.
  8. Hubungkan Facebook anda dengan Twitter dan blog.
  9. Buat Group atau Fan Page anda sendiri kerana ianya mempunyai banyak kelebihan berbanding akaun personal.
  10. Berikan ucapan-ucapan yang baik sempena ulangtahun kelahiran friend anda. Ia merupakan salah satu cara untuk berinteraksi dengan friend facebook anda dan membuatkan mereka terasa dihargai. Jadi mudahlah anda nak membuat tindakan susulan.
  11. Fungsi Event adalah salah satu fungsi yang menarik dan banyak pihak mahupun individu yang berjaya mendapatkan peserta untuk program-program yang dianjurkan.
  12. Kebanyakan orang takut untuk membeli melalui internet kerana sukar untuk dipercayai termasuklah jual beli di Facebook. Maka, wujudkan kepercayaan dengan testimonial pelanggan yang sedia ada, atau pun berkomunikasi dengan mereka, muat naik photo atau video berkaitan.
  13. Bahasa memainkan peranan yang penting. Penggunaan bahasa seperti bahasa pasar, bahasa sms (shortcut), bahasa kasar mahupun bahasa yang kurang difahami hendaklah dielakkan. Bina kreadibiliti sendiri bagi menarik minat rakan Facebook anda bertukar menjadi pembeli.
  14. Pelbagai bentuk penulisan ada di facebook. Masukkan unsur-unsur humor, fakta,statistik, pendapat, berita, link ke artikel, persoalan dan pelbagai bentuk lagi.
  15. Jadikan prospek atau pelanggan anda itu sebagai kawan, selalu berinteraksi atau berkomunikasi dua hala. Jangan hanya fokus untuk perniagaan saja. Barulah senang untuk kita memasarkan apa jua produk kita.
  16. Jika tiada idea untuk post, gunakan fungsi Link hanya dengan masukkan link ( pautan ) ke mana-mana artikel di blog, lebih-lebih lagi jika kita mempunyai blog sendiri.
Semoga tips-tips diatas dapat memberi idea dan manfaat kepada anda. Untuk mendapatkan lebih banyak tips sila KLIK Cara Sebenar Buat Duit di Facebook Terbongkar.

Jika anda suka artikel ini dan rasa ia bermanfaat kepada orang lain sila share dengan rakan anda di Facebook dan Twitter.

No comments:

Post a Comment

ShareThis