Followers

Friday, 2 September 2011

Kelebihan Pemasaran Facebook


Tahukah anda bahawa terdapat banyak kelebihan pemasaran di Facebook? Di sini saya kongsikan sebahagian daripadanya untuk panduan anda yang ingin cuba menggunakan Facebook sebagai medium pemasaran.

Ramai Orang

Tahukah anda bahawa sebenarnya pengguna Facebook semakin ramai dari sehari ke sehari dan kadar pertumbuhannya adalah amat cepat. Peringkat umur yang paling ramai di Facebook adalah sekitar 35 hingga 59 tahun dan kebanyakan daripada mereka telah berkahwin, mempunyai kereta sendiri, rumah sendiri dan mempunyai ekonomi yang stabil. Mereka juga sanggup untuk mengeluarkan wang untuk berbelanja.

Friday, 5 August 2011

Sejarah Facebook


Facebook ialah sebuah tapak web rangkaian sosial yang dikendali dan dimiliki secara persendirian oleh Facebook Inc. Sejak 2006, sesiapa yang berumur 13 tahun ke atas dan memiliki alamat e-mel yang sah boleh menjadi pengguna Facebook. Facebook lebih menyasarkan golongan belia berbanding dewasa. Pengguna boleh menambah rakan dan saling menghantar mesej, serta mengemaskini profil peribadi mereka sebagai makluman kepada rakan-rakan. Selain itu, pengguna juga boleh menyertai rangkaian yang dianjurkan oleh tempat kerja, sekolah, atau kolej. Nama Facebook berasal daripada timangan yang digunakan untuk buku-buku yang diserahkan oleh pihak pentadbiran universiti kepada para penuntut pada permulaan tahun akademik di AS dengan tujuan membantu penuntut saling mengenali.

Facebook diasaskan oleh Mark Zuckerberg bersama teman-teman sebiliknya dan rakan-rakan sekursus sains komputer Eduardo Saverin, Dustin Moskovitz dan Chris Hughes. Pada mulanya, keahlian tapak web ini terhad kepada penuntut Harvard, tetapi kemudian beransur-ansur diperluaskan kepada kolej-kolej lain di kawasan Boston, Liga Ivy, dan Universiti Stanford. Selepas itu, Facebook berkembang lagi untuk merangkumi mana-mana pelajar universiti, kemudian pelajar sekolah tinggi, dan akhirnya, sesiapa sahaja yang berumur 13 ke atas. Kini, tapak web ini dianggotai oleh lebih 400 juta pengguna aktif seluruh dunia.

Wednesday, 3 August 2011

Tips-tips Pemasaran Produk di Facebook


Di zaman serba moden ini boleh dikatakan semua orang ada akaun Facebook. Tidak mengira tua, muda, lelaki, perempuan dan semua bangsa mempunyai akaun Facebook. Kiranya siapa yang tak ada facebook boleh dikatakan ketinggalan zaman la. Banyak aktiviti yang orang lakukan di Facebook. Ada yang bersosial, mencari rakan lama,mencari kenalan baru, berbisnes dan bermacam-macam lagi.

Fokus saya untuk entri ini adalah kepada sesiapa yang berminat atau telah menjalankan bisnes di Facebook. Saya ingin berkongsi beberapa tips pemasaran produk di Facebook. Mungkin tips-tips ini boleh membantu anda memasarkan produk anda di Facebook. Berikut beberapa tips yang ingin saya kongsi:

ShareThis